Pelanggan kecewa ‘rider’ campak barang dari pagar

Tangkap layar rakaman CCTV yang dikongsikan pengguna Facebook, Anik Kina

Seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa apabila tindakan penghantar barang dari sebuah syarikat kurier mencampak pesanannya dari pagar rumah.

Pengguna Facebook, Anik Kina, membuktikan tindakan tidak bertanggungjawab pekerja terbabit menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik dalam hantaran semalam.

Difahamkan, kejadian tersebut juga berlaku semalam sekitar pukul 2 petang melihat kepada tarikh dan waktu pada rakaman yang dikongsikan.

“Biadap betuk la pekerja * ** Sungai Siput yang seorang ini. Cara letak barang sampai terkejut kucing itu. Tahu la awak hari ini hari terakhir kerja. Jangan la begitu letak barang saya.



“Saya bukan ada buat salah dengan awak pun sampai cara begitu awak campak barang saya, bayar kot, bukan percuma,” luah pelanggan tersebut.

Dalam pada itu, pelanggan berkenaan turut bertanya kepada pengguna Facebook yang lain tentang cara membuat laporan kepada syarikat kurier berhubung tindakan pekerjanya.

“Sesiapa tahu tak cara nak buat laporan pekerja macam ini?.

“Bantu bagi pendapat kejap, ada cara tak nak kompelin?,” soalnya.



Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram dan ada pengguna lain berkongsi pengalaman sama apabila pesanan mereka rosak gara-gara pekerja kurier campak dari jarak jauh.

“Dua tiga kali dah barang sampai rosak, pecah, kotak kemek, bila satu hari saya sengaja mengendap dari tingkap rumah, memang nampak mereka (penghantar barang) campak barang saya dari jauh, malas nak turun dari motosikal, boleh baling macam itu barang pelanggan, memang kurang ajar,” kongsi Syafina.

“Dah ada bukti video macam ini, terus sahaja buat laporan kepada syarikat kurier,” cadang Azlan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker