Jaga bapa sakit, wanita maut tidur dalam kereta

Jaga bapa sakit, wanita maut tidur dalam kereta

IPOH: Wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam didapati tertidur ketika menjaga bapanya yang sakit.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.



“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu bedah siasat yang dijadualkan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, semalam pihaknya telah menerima maklumat daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan telah nampak seorang perempuan tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia dalam sebuah kereta di parkir HRPB.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian belakang kereta terbabit dan pihak bomba berjaya membuka pintu kereta mangsa menggunakan peralatan khas.

Semalam, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia 20 tahun itu diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia. FMT



Jaga bapa sakit, wanita maut tidur dalam kereta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi



Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam



Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker