PRN Johor: Dakwa MUDA Ceroboh Guna Aset Inkubator Usahawan, GLC Buat Laporan Polis

PRN Johor: Dakwa MUDA Ceroboh Guna Aset Inkubator Usahawan, GLC Buat Laporan Polis

PIJ Holdings Sdn Bhd menerusi subsidiarinya, PIJ Property Development Sdn Bhd membuat laporan polis terhadap Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berhubung dakwaan pencerobohan dan penggunaan aset Inkubator Usahawan di Taman Perbadanan Islam, Stulang Baru, di sini, tanpa kebenaran.

Menurut PIJ Holdings dalam kenyataan hari ini, premis itu dibangunkan untuk usahawan memulakan perniagaan mereka dan bukan bertujuan untuk dijadikan sebagai pusat operasi mana-mana parti politik.



Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Johor itu berkata berdasarkan rekod terkini, premis berkenaan digunakan oleh seorang individu bagi tujuan perniagaan perabot jati dan individu terbabit juga tidak dibenarkan menyewakannya kepada mana-mana pihak.

“Kami kesal kerana bukan sahaja premis ini tidak dapat digunakan bagi tujuan keusahawanan, tetapi malah lebih mengecewakan apabila penggunaan aset ini adalah tanpa pengetahuan, persetujuan dan perjanjian antara pihak PIJ Property dan MUDA,” katanya.

Sehubungan itu, PIJ Holdings meminta agar MUDA segera mengosongkan dan mengembalikan premis tersebut dalam keadaan asal dan baik bagi memastikan fungsi serta kemudahan premis tersebut dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh usahawan di sekitar Johor Bahru.

PIJ Holdings pada masa sama berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera dan secara harmoni.– BERNAMA



PRN Johor: Dakwa MUDA Ceroboh Guna Aset Inkubator Usahawan, GLC Buat Laporan Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker