Harith Melawak Kualiti Kaunter Buka Lapangan Terbang Malaysia, Singapura [VIDEO]

Harith Melawak Kualiti Kaunter Buka Lapangan Terbang Malaysia, Singapura [VIDEO]

‘Klip daripada persembahan komediri (stand up comedy), bukan tatacara parlimen.”

Demikian jawapan balas pelawak, Harith Iskander kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam Twitter.

 

Terdahulu, Harith atau nama sebenarnya, Harith Iskander Musa memuat naik sebuah klip video persembahan komediri dirinya berjenaka secara sinis mengenai perbezaan servis atau kualiti lapangan terbang di Malaysia dan Singapura.

Menerusi video yang dimuat naik, Harith, 56, berkata, lapangan terbang Singapura beroperasi penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun di Malaysia mempunyai bilangan kaunter yang sama namun hanya dua kaunter sahaja kebiasaannya beroperasi.

Menyedari muat naik video berkenaan berlegar dalam Twitter, Khairul Dzaimee menegur Harith menerusi satu ciapan ringkas berbunyi: “This is misleading, Harith (maklumat ini adalah salah, Harith).”

Dalam pada itu, netizen turut berbahagi pendapat mengenai isu yang dibincangkan. Ada yang bersetuju dengan pendapat Harith dan ada juga yang menyebelahi Khairul Dzaimee.

“Tak faham maksud komedi ke? Ini komedilah, bukan benda serius. Harith merupakan seorang pelawak. Orang Malaysia tahu apa itu gurauan dan sebaliknya,” demikian antara ciapan daripada bibir netizen menegakkan pegangan pendapat masing-masing.

Sekadar info, Singapura berada di belakang Malaysia dalam senarai ranking World’s Best Airport Immigration Service 2021.

Menerusi carta tersebut, Malaysia berada di posisi tempat keempat manakala Singapura menerusi lapangan terbang Singapore Changi Airport  sekadar menduduki tangga kelima. – KOSMO! ONLINE
Harith Melawak Kualiti Kaunter Buka Lapangan Terbang Malaysia, Singapura [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker