PRN Johor Bukan Medan ‘Lepas Geram’ – Shahrir Samad

PRN Johor Bukan Medan ‘Lepas Geram’ – Shahrir Samad

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh dijadikan sebagai medan melepaskan ‘geram’ sebaliknya pengundi perlu membuat keputusan dengan mengambil kira manfaat dan kebaikan yang bakal diperoleh mereka jika memilih sesebuah parti politik.

Veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad berkata tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan masa depan rakyat dan negeri.

“PRN ini bukan untuk melepaskan geram kerana hasutan atau polemik politik, ia serius bagi masa depan lima tahun akan datang. Ini bukan tempoh masa yang pendek,” katanya ketika diwawancara dalam program Suara Johor yang disiarkan di Bernama TV hari ini.

Beliau berkata sebagai contoh, Barisan Nasional (BN) Johor sebelum ini telah merancang pelbagai program bagi pembangunan negeri dan rakyat namun terbantut selepas parti itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Justeru, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata kestabilan politik yang diperjuang parti tersebut menerusi Ikhtiar BN amat penting dalam merencana masa depan Johor.

Ikhtiar BN Johor menggariskan lima teras utama iaitu kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk orang muda, membudayakan pentadbiran berintegriti dan melaksana reformasi politik.

Shahrir yakin kepimpinan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad mampu mengangkat Johor sebagai sebuah negeri makmur yang mempunyai ekonomi maju dan infrastruktur moden.

“Beliau telah menstabilkan sedikit keadaan di Johor tetapi beliau nak buat lebih lagi, dan dari segi pengalamannya, apabila digandingkan dengan tenaga baharu kelak…boleh menubuhkan satu pasukan lebih mantap,” katanya.

Beliau berkata sebelum Hasni, Johor telah mengalami pertukaran Menteri Besar selepas PRU14 melibatkan Allahyarham Datuk Osman Sapian di bawah Pakatan Harapan (PH) yang meletak jawatan dan diambil alih oleh Datuk Dr Sahruddin Jamal sebelum kejatuhan PH.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian PRN Johor manakala undi awal pada 8 Mac.– BERNAMA

PRN Johor Bukan Medan ‘Lepas Geram’ – Shahrir Samad

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker