PRN Johor: MUDA Nafi Ceroboh Aset GLC Johor

PRN Johor: MUDA Nafi Ceroboh Aset GLC Johor

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menafikan dakwaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Johor berhubung pencerobohan dilakukan parti itu terhadap aset milik syarikat berkenaan.

Calon MUDA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Rasid Abu Bakar berkata, sebaliknya parti telah menyewa premis berkenaan secara sah daripada pihak yang didakwa sebagai pemilik premis.



“MUDA menyewa rumah kedai (premis berkenaan) pada 26 Februari daripada seorang yang kami ketahui sebagai tuan kedai, bagi tujuan bilik gerakan MUDA untuk kempen di DUN Larkin.

“Menurut surat dikeluarkan oleh pemilik premis berkenaan, MUDA juga dibenarkan untuk menyewa premis tersebut sebagai bilik gerakan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan PIJ Holdings dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat telah membuat laporan polis terhadap MUDA kerana didapati menceroboh aset milik syarikat iaitu Ikubator Usahawan Taman Perbadanan Islam Stulang Baru, di sini bagi dijadikan bilik gerakan politik.

Dalam kenyataan berkenaan, PIJ Holdings juga memaklumkan premis berkenaan juga tidak boleh disewakan kepada orang lain.



Mengulas lanjut, Rasid berkata, MUDA juga tidak menerima sebarang perkara yang dibangkitkan oleh pihak yang menyewakan premis berkenaan ketika serahan kunci pada hari yang sama (26 Februari).

“Kami juga ingin menegaskan bahawa setelah seminggu berkempen, MUDA tidak menerima notis, aduan atau surat daripada tuan kedai atau mana-mana pihak yang menyatakan kami telah menceroboh.-SH

PRN Johor: MUDA Nafi Ceroboh Aset GLC Johor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker