Guru Wanita Diperdaya RM223,749 Dek Sindiket

Tumpat: Guru wanita kerugian RM223,749 selepas ditipu sindiket yang menyamar sebagai wakil dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mangsa berusia 58 tahun itu diperdaya kononnya memiliki tunggakan cukai dan terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram serta dadah menyebabkan waran tangkap ke atasnya akan dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, pada tengah hari 4 Februari lalu, wanita itu menerima panggilan daripada ‘pegawai LHDN’ memaklumkan dia memiliki tunggakan cukai kerana ada pihak menggunakan namanya untuk mendaftar syarikat di Kuantan, Pahang.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan disoal siasat sebelum bercakap dengan ‘Inspektor Tahar’ dan wanita itu diberitahu terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram serta dadah dan waran tangkap ke atasnya akan dikeluarkan.

Beliau berkata, mangsa terus mengikut arahan dan mengisi maklumat akaun seperti nama, nombor kad pengenalan, jenis bank, kata laluan akaun, nombor kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan tarikh mati kad.

Katanya, lelaki itu meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Maybank miliknya ke akaun Bank Rakyat sebelum ke mesin ATM untuk membuat transaksi sebanyak RM30,000 serta tambahan RM40,000 secara pindahan dalam talian.

“Pada tengah hari Rabu lalu, wanita itu sekali lagi menerima panggilan dari pihak LHDN membuatkan dia mengesyaki kemungkinan sudah ditipu dan segera ke mesin ATM untuk memeriksa baki akaun Bank Islam sebelum mendapati sudah berkurangan sebanyak RM149.999.

“Pemeriksaan terhadap akaun Bank Rakyat miliknya berkurangan RM73,750 dan mangsa terus meminta kedua-dua bank untuk menyekat kedua-dua akaun itu dan membuat laporan di Balai Polis Tumpat semalam,” katanya.

Terdahulu, Mohd Azmir ditemui di Masjid Mukim Simpangan Hilir, di sini, ketika mengiringi Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menyampaikan 100 kotak makanan daripada kurniaan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra kepada penduduk selepas menunaikan solat Jumaat.-HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker