Air mata Yusof Haslam gugur

Air mata Yusof Haslam gugur

Air mata Yusof Haslam gugur

Pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim menjentik hati, mengingatkan penerbit popular Datuk Yusuf Haslam bahawa semakin hari, semakin mendekatkan dirinya dengan kematian.

Berduka dengan kehilangan rakan seperjuangannya itu, Yusof, 69, kian menelan realiti kehidupan bahawa ramai rakan-rakannya sudah pergi menghadap Ilahi.



“Saya 69 tahun, arwah 62 tahun. Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Saya doakan yang terbaik. Itu yang saya harapkan untuk arwah.

“Ramai rakan saya dah ‘pergi’. Allahyarham Latif Ibrahim, Zulkifli Zain dan Aman Shah. Satu demi satu pergi. Semua yang seangkatan dengan saya.

“Saya sebak, kehidupan ini hanyalah sementara. Kita yang hidup kena teruskan perjuangan dan yang telah pergi kita doakan yang terbaik buat mereka,” kata Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Md. Haslam Khan penuh emosi.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin




Ditemui media usai pengebumian Allahyarham Ridzuan di Tanah Perkuburan Islam Kariah, Dusun Tua, malam tadi, antara kualiti istimewa pada diri Allahyarham pada mata penerbit filem KL Gangster itu adalah disiplin yang sangat menepati masa.

“Komitmen dia dalam filem KL Gangster cukup bagus. Saya selalu melawat Syamsul ‘shooting’ dengan dia. Tengok cara dia bekerja.

“Dia berdisiplin dan menepati masa. Dia pernah berlakon drama bersiri Gerak Khas, telefilem yang saya terbitkan.



“Sebenarnya, kalau jadi nak buat KL Gangster 3. Kalau dia ada, memang dah rancang nak ambil dia (berlakon). Tapi, dah jadi lain. Dia pun sakit maka Allah pun lebih sayangkan dia,” ujarnya.

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Semalam, Allahyarham Ridzuan Hashim yang selama ini cukup terkenal dengan jolokan King hasil keberkesanan lakonan menerusi francais KL Gangster meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang bersarapan. K Online




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker