Hikmah tak pedulikan LV, Gucci, Prada – Reen Rahim

Hikmah tak pedulikan LV, Gucci, Prada – Reen Rahim

Pelakon Reen Rahim memberi jaminan bahawa dia mampu dan masih boleh menyediakan keperluan seharian seperti barang dapur kepada keluarganya meskipun situasi negara sekarang semakin runcing dengan krisis pandemik.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya sebentar tadi, Reen berkata, rupa-rupanya sikap ‘kedekut’ dan tidak membazir yang diamalkan selama ini membawa hikmah.



Hal ini kerana, pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, itu berkata, dia sentiasa bersiap sedia dari segi kewangan untuk berdepan dengan sebarang situasi mencabar seperti apa yang sedang berlaku ketika ini.

“Insya-Allah baba, saya boleh bantu baba (ayah) dan amie (ibu). Insya-Allah barang dapur takkan putus. Sekarang fahamlah kenapa adik (panggilannya) tak peduli beg LV, Gucci, Prada?

“Sekarang faham kenapa adik tak mewah-mewahkan kalian walaupun mampu! Sebenarnya adik bersiap sedia untuk situasi seperti sekarang,” katanya.

Menerusi hantaran sama, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut mengingatkan pengikut Instagramnya agar menjaga kesihatan mental.



Hal ini kerana katanya, tidak guna jika suatu hari nanti semua orang dapat kembali menikmati kehidupan normal seperti biasa tetapi terseksa disebabkan mengalami masalah mental.

“Semua orang sesak sekarang. Teruskan melangkah dan melawan. Jangan sampai depresi. Allah kan ada.

“Jimat-jimat makanlah telur, ikan bilis sampai abang Jamil mamp*s. Maksud saya, korona ini mamp*s. Please (tolong) jaga otak dan hati, jangan sampai rosak.

“Semoga Allah SWT ajar hati kita semua untuk reda dan tenang menghadapi situasi kita sekarang. Amin,” katanya. K Online



Hikmah tak pedulikan LV, Gucci, Prada – Reen Rahim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker