UNGA terima resolusi gencatan senjata segera di Gaza

UNGA terima resolusi gencatan senjata segera di Gaza

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

Menurut laman sesawang Berita PBB Pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi ditaja Jordan diluluskan Perhimpunan Agung, dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi.



Jordan pada awal sesi itu telah mencadangkan penggantungan hujahan negara anggota pada 3 petang Jumaat (waktu New York), untuk memulakan “tindakan segera” terhadap resolusi draf dan hujahan diteruskan selepas itu. Bagaimanapun, penggantungan hujahan itu dibuat pada 3.40 petang.

Resolusi draf yang diketuai Jordan mengenai krisis itu mendapat sokongan awal daripada lebih daripada 40 negara ahli, termasuk Mesir, Oman, dan Emiriah Arab Bersatu.

Kanada sebelum itu mencadangkan sedikit pindaan kepada resolusi itu yang membidas tindakan Hamas terhadap Israel tetapi ia gagal mendapat sokongan diperlukan. Undian mengenai pindaan itu adalah 85 menyokong, 55 menentang, dengan 23 tidak mengundi, jadi ia gagal untuk mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Resolusi ini antara lain menyeru kepada “gencatan senjata kemanusiaan dengan segera, berkekalan, dan berterusan”, serta “menuntut” agar semua pihak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan penting ke Semenanjung Gaza yang “berterusan, mencukupi, dan tanpa halangan”.



Sidang tergempar itu diadakan pada 26 Okt sejurus selepas kebuntuan di dalam Majlis Keselamatan dan keadaan yang semakin teruk di dalam Gaza yang terkepung. FMT

UNGA terima resolusi gencatan senjata segera di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker