Sultan Ibrahim terima menghadap Anwar

Sultan Ibrahim terima menghadap Anwar

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.



Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada pertemuan itu, Anwar yang juga Perdana Menteri ke-10, turut menyembah maklum perkembangan pembangunan negara dan juga negeri Johor.

Hantaran itu memaklumkan Sultan Johor turut berkenan memandu sendiri kenderaan untuk menghantar Anwar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. HM

Sultan Ibrahim terima menghadap Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker