Kerajaan tak pernah abai isu LCS – Ismail

#PRU15

Kerajaan tak pernah abai isu LCS – Ismail

Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata agensi bertanggungjawab telah menjalankan siasatan, malah pihak terlibat dalam penyelewengan didakwa di mahkamah.



“Isu LSC tindakan dah pun diambil, menteri pertahanan (Hishammuddin Hussein) juga telah buat kenyataan dan perjelas beberapa kali.

“Mereka yang dituduh terlibat dengan penyelewengan dan sebagainya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah menyiasat dan ada yang dibawa ke mahkamah, jadi perkara itu adalah sedang berjalan, tidak betul lah jika kata kita tidak mengendahkannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.

Ismail berkata demikian ketika menjawab kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim yang dilapor memintanya memohon maaf kepada tentera berhubung isu perolehan aset yang timbul dalam pasukan keselamatan itu.

Beliau berkata, Anwar sengaja atau dilihat tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku kerana penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sudah dijelaskan sebelum ini.



Sementara itu, ditanya mengenai gesaan pembangkang yang mahu semua calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan harta, beliau berkata tindakan itu dilakukan secara sukarela oleh sesiapa yang mahu berbuat demikian.

Perdana menteri berkata, tiada keperluan untuk melakukan perkara itu kerana ia tidak diperuntukkan dalam mana-mana akta, melainkan individu dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri yang diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka.

Beliau berkata, Ahli Parlimen tidak perlu mengisytiharkan harta sebab mereka boleh berniaga tetapi menteri dan timbalan menteri mereka wajib mengisytiharkan harta dan memang mereka berbuat demikian.

“Tetapi, sesiapa yang sukarela hendak mengisytiharkan harta seperti Rafizi Ramli (timbalan presiden PKR) isytiharlah. Bagi saya perkara yang perlu dan dikehendaki oleh akta mesti dipatuhi.



“Tetapi yang tidak ada dalam mana-mana akta (maka) tidak ada keperluan. Setakat nak jadikan ia isu pilihan raya sahajalah kalau tidak diisytiharkan dianggap sebagai ada sesuatu yang nak disorok,” katanya. FMT

Kerajaan tak pernah abai isu LCS – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker