Majoriti pengundi Kelantan tolak PAS, mahukan perubahan hidup

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa majoriti pengundi di Kelantan tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir PAS melalui hasil dapatan kajian pada Mei lepas.

Beliau berkata berdasarkan kajian PKR menggunakan syarikat tinjauan pendapat bebas, sejumlah 43 peratus sahaja yang puas hati dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

“Setiap bulan kami mengukur penarafan tahap puas hati Perdana Menteri, Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tiap-tiap bulan sejak Jun 2016, jadi kami ada angka yang sangat panjang dan untuk tahun 2023, daripada Januari lagi memang ada penurunan dan peralihan dalam kalangan pengundi Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh di Kampung Parit Limbat di Kota Bharu hari ini.



Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata beliau yakin hasil kajian itu merupakan gambaran sebenar dilema yang sedang dihadapi pengundi di Kelantan.

“Mereka faham selepas 33 tahun Kelantan terkebelakang dalam banyak perkara dari segi pembangunan, membasmi kemiskinan dan infrastruktur asas,” katanya.

Beliau berkata kini terpulang kepada PKR, Umno dan Amanah untuk meyakinkan pengundi atas pagar bahawa mereka boleh meletakkan harapan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Kami ada lebih kurang empat minggu dari sekarang jadi insya-Allah, tumpuan saya ialah untuk bekerjasama dengan pimpinan lapisan kedua dalam Kerajaan Perpaduan dan pimpinan di peringkat negeri untuk pastikan momentun kempen dan persediaan itu berlaku di segenap peringkat sementara pimpinan paling kanan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri menumpukan untuk membina gelombang rakyat melalui program besar,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker