Ubai jawab dakwaan tinggal serumah dengan Shila Amzah

Ubai jawab dakwaan tinggal serumah dengan Shila Amzah

Pempengaruh media sosial, Ubai menafikan dakwaan segelintir yang menuduhnya bersekedudukan dengan kekasihnya, penyanyi Shila Amzah.

Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bagaimanapun mengakui pernah beberapa kali datang ke rumah penyanyi itu untuk berbuka dan moreh namun bukan seorang diri.



“Sha (panggilan Shila Amzah) memang duduk seorang diri. Kadang-kadang saya ajak kawan-kawan tempat kerja untuk berbuka puasa atau moreh di rumahnya.

“Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ dalam TikTok, pasti ada yang bertanya sama ada kami tinggal serumah atau tidak. Kami pun sudah lali apabila kerap ditanya dengan soalan yang sama.

“Nak cakap duduk serumah itu jauh sekali. Apatah lagi ibu saya sekarang pun kurang sihat. Jadi fokus untuk ibu saya lebih utama,” katanya dalam temu bual bersama Hlive!

Tambah lelaki berusia 25 tahun itu, Shila amat profesional untuk menangani isu sebegitu kerana sudah lama berada dalam industri, berbanding dirinya yang masih lagi baharu.



“Bila Sha buat live, mesti orang akan tanya mana Ubai? Bila kami buat live bersama, orang tanya pula kami duduk serumah ke?

“Sha sangat profesional kerana dia sudah lama berada dalam industri untuk berdepan isu sebegini. Cuma saya masih lagi baharu,” kata Ubai.

Hari ini, kisah percintaan antara Shila dan Ubai semakin mencuri perhatian ramai selepas lelaki itu dilihat membeli sebentuk cincin untuk Shila.

Difahamkan, cincin yang dibeli Ubai untuk pelantun lagu Patah Seribu itu adalah sebagai tanda kepada hubungan cinta yang terjalin sejak awal tahun ini.



Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik malam tadi, pasangan kekasih itu dilihat berada di sebuah kedai barangan kemas, sekali gus mencetuskan spekulasi sana ada mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. K Online

Ubai jawab dakwaan tinggal serumah dengan Shila Amzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker