Astro rugi bersih RM47.04 juta pada suku ketiga 2023

Astro rugi bersih RM47.04 juta pada suku ketiga 2023

Astro Malaysia Holdings Bhd mengalami kerugian apabila mencatatkan kerugian bersih RM47.05 juta pada suku ketiga berakhir 31 Oktober 2023 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM5.8 juta bagi suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan menyusut kepada RM828.55 juta daripada RM885.39 juta sebelumnya, dipengaruhi oleh pengurangan hasil langganan, namun diimbangi sebahagiannya oleh kenaikan hasil pengiklanan dan pendapatan pelesenan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.



Bagi sembilan bulan terkumpul tahun kewangan 2024, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM7.51 juta berbanding keuntungan bersih RM204.29 juta tahun lalu, manakala hasil menurun kepada RM2.52 bilion daripada RM2.67 bilion sebelum itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Group, Euan Smith, berkata pelan strategik kumpulan untuk mengubahnya kepada syarikat penstriman digital mula membuahkan hasil.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, pada suku ketiga tahun kewangan 2024 Astro telah menyelesaikan program skim pemisahan sukarela (VSS), satu lagi langkah penting dalam program berterusan kami untuk mengubah asas kos legasi.

“Hasilnya, syarikat mengurangkan bilangan pekerja sebanyak 20 peratus. Langkah ini membabitkan kos RM52 juta dan anggaran pembayaran balik kurang daripada setahun,” katanya.



Sementara itu, Smith berkata kumpulan itu turut keluar daripada perniagaan beli-belah di rumah agar sumbernya boleh dilaburkan ke dalam bidang perniagaan yang memberikan pertumbuhan.

Mengenai prospek pula, kumpulan itu mengekalkan pandangan berhati-hati dan akan memantau dengan teliti keadaan perniagaan dan menekankan disiplin kos.

Beliau berkata perjalanan transformasi kumpulan itu adalah dengan bertindak agresif untuk menjadikan Astro sebagai platform hiburan dan penstriman nombor satu di Malaysia.

“Pelaburan tertumpu kepada pertumbuhan jangka panjang dan mampan kami yang akan merangkumi kandungan tempatan, mempercepatkan pertumbuhan perniagaan berkaitan dan mengubah struktur kos legasi untuk mencerminkan realiti baharu pasaran TV Berbayar tempatan, seiring dengan trend global,” kata kumpulan itu. Vc



Astro rugi bersih RM47.04 juta pada suku ketiga 2023

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung



Tok Mat makin gah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker