Lelaki terlanggar isteri sehingga maut ketika undur kenderaan

Lelaki terlanggar isteri sehingga maut ketika undur kenderaan

KULIM: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu suaminya terlanggar mangsa di Taman Selasih, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7 petang ini.



Beliau berkata, nahas membabitkan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu suami mangsa berusia 60-an dipercayai terlanggar pejalan kaki yang juga isterinya sebelum melanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan rumah.

“Mangsa yang juga pejalan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika isteri mangsa keluar dari kereta berkenaan kerana tertinggal barang di dalam rumah.

“Suami mangsa yang ketika itu mengundur kereta berkenaan tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri dan terlanggar kereta yang parkir di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan, malam ini.



Mohd Redzuan berkata, pemandu kereta Proton Saga itu tidak cedera manakala isterinya yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta itu mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. BH

Lelaki terlanggar isteri sehingga maut ketika undur kenderaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker