Hafidz Roshdi Makin Pulih Untuk Kembali Berlakon

Terharu Masih Ada Pihak Yang Mahu Menerima Bekerja

Hafidz Roshdi Makin Pulih Untuk Kembali Berlakon

Hafidz Roshdi Makin Pulih Untuk Kembali Berlakon

Dalam hidup ini, pasti acapkali kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Bahkan banyak kali mungkin kita terjatuh dan tidak terlepas dari membuat dosa.

Untunglah kita kerana nyawa masih ada di dada. Masih sempat mengubah semuanya. Bina semula, tebus balik semua kesalahan yang lalu.



Yang jatuh, bangkit segera dengan lebih kuat dan bersemangat. Dan paling penting, kita masih berpeluang untuk bertaubat.

Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi mengakui tersentuh dengan kepercayaan pihak tertentu untuk beliau kembali aktif dalam industri seni tempatan.


Baca Artikel Menarik:

Hafidz Roshdi Makin Pulih Untuk Kembali Berlakon



Memetik laporan berita, Hafidz menjelaskan bahawa dia yang terpalit dengan kontroversi rumah tangga bersama Nurul Shuhada Shukri, tahap kesihatannya kini sudah semakin pulih, begitu juga dengan semangatnya.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media di atas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya dalam industri.

“Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Jaja Ishak, seorang penerbit yang saya hormati dan segani.

“Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz.



“Tahap kesihatan dan semangat diri Hafidz adalah semakin pulih. Alhamdulillah.

“Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Hanya ALLAH SWT dapat membalas jasa baik kalian,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.


Baca Artikel Menarik:

Baby Shima Diajak ‘Main’ Selama 2 Jam




Dalam pada itu, Hafidz memberitahu dirinya kini sudah bersedia untuk mencari rezeki dan berharap keberadaannya masih diterima ramai.

“Saya kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai abah kepada kedua-dua anak kandung saya iaitu Humairah dan Umar.

“Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima saya, dengan rendah diri saya dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera di Instagram Hafidz.

“Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan saya terus menerima rezeki yang halal.



“Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian di samping isu peribadi yang saya percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja saya,” tambahnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Hafidz Roshdi Makin Pulih Untuk Kembali Berlakon

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker