ABPBH 35: Anna Jobling dominasi Top 5

ABPBH 35: Anna Jobling dominasi Top 5

Fenomena drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang merentas sempadan hingga Indonesia membawa tuah kepada Anna Jobling apabila aktres jelita ini mendominasi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang diumumkan, hari ini.

Anna atau nama penuh, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, menerima empat pencalonan iaitu dalam kategori BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular dan Couple TV Popular bersama gandingannya dalam drama sensasi itu, Meerqeen.



Malah, drama Melur Untuk Firdaus yang disiarkan slot Akasia TV3, bolos kategori sampingan, Ekstra! iaitu Drama Popular dan bersaing dengan empat calon lain iaitu Bisik-Bisik Gelora, Kisah Cinta Kita, Rindu Awak Separuh Nyawa 2 dan Sekali Lagi Cinta Kembali.

Mengikuti rapat Anna adalah tujuh selebriti yang masing-masing menerima tiga pencalonan.

Mereka adalah pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 34, Janna Nick; pelawak dan pelakon, Zizan Razak; Meerqeen; Aedy Ashraf, pasangan pelakon drama Bisik-Bisik Gelora, Raysha Rizrose dan Redza Rosli serta Siti Khadijah Halim.

Janna yang menerima enam pencalonan dalam Top 20 melepasi senarai Top 5 untuk kategori Aktres Filem Popular, Pengacara TV Popular dan lagu Paling Boom menerusi lagu Gatal.



Zizan bolosi kategori Aktor Filem Popular, Artis Komedi Popular dan Couple Filem Popular bersama Elizabeth Tan dalam filem Abang Long Fadil 3.

Meerqeen tersenarai dalam kategori Aktor TV Popular, Couple TV Popular bersama gandingannya Anna dalam drama rantaian Melur Untuk Firdaus dan Drama Popular bagi naskhah sama.

Aedy pula terpilih membarisi senarai akhir Aktor TV Popular, Couple TV Popular bersama aktres Amelia Henderson menerusi drama Kisah Cinta Kita.

Drama rantaian terbitan A Aida Production Sdn Bhd itu turut melepasi senarai Top 5 kategori Drama Popular.



Sementara itu, Redza menjadi finalis untuk kategori Aktor TV Popular, Couple TV Popular bersama pasangannya, Raysha Rizrose dalam drama Bisik-Bisik Gelora serta Drama Popular bagi naskhah sama.

Raysha dicalonkan dalam kategori Couple TV Popular dan Drama Popular menerusi naskhah Bisik-Bisik Gelora selain kategori utama, Aktres TV Popular.

Siti Khadijah pula terpilih membarisi calon Top 5 kategori BBNU Wanita Popular, Couple TV Popular bersama aktor Aniq Suhair dan Drama Popular. Semua pencalonan itu menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Tidak dapat dinafikan, impak kontroversi memberi kelebihan untuk dipilih sebagai finalis ABPBH 35 selain faktor populariti produk dihasilkan.



Antara selebriti yang dilihat membolosi senarai Top 5 menerusi ‘tiket’ itu adalah Puteri Sarah Liyana, Diana Danielle dan bakat baharu yang meningkat naik, Sophia Albarakbah.

Puteri Sarah bakal memberi saingan dalam kategori Aktres TV Popular, Diana bolos kategori Aktres Filem Popular serta Sophia tersenarai dalam kategori BBNU Wanita Popular dan Aktres Filem Popular.

Diakui ketiga-tiga aktres sensasi ini cukup ‘panas’ selepas isu peribadi yang menjadi bahan perdebatan di media sosial, sejak beberapa bulan lalu.

Seperkara yang menarik, artis ‘senior’ kembali menduduki senarai finalis seperti pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2011 dan 2013, Datuk Aaron Aziz.



Pelakon drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa ini tersenarai dalam kategori Couple Filem Popular bersama pasangannya, Nadiya Nisaa dalam filem Dekatnya Cinta.

Turut kembali menduduki senarai Top 5 adalah penyampai radio Kool FM, Haiza. Kali terakhir Haiza bergelar finalis untuk kategori yang sama adalah pada ABPBH 2016.

Selain itu, persaingan sengit juga dilihat dalam kategori BBNU Lelaki Popular apabila nama calon yang memang ‘hot’ dan menjadi pujaan ramai seperti Amir Ahnaf, Mierul Aiman dan Fadhli Masoot turut tersenarai.

Populariti tiga aktor ini melonjak sekelip mata susulan drama bersiri Projek: High Council lakonan mereka.



ABPBH 35 yang dilancarkan 12 Mei hingga 11 Jun lalu, mencatat rekod baharu dalam sejarah penganjuran acara anugerah berprestij ini apabila lebih 21 juta undi diterima sepanjang tempoh 31 hari proses pemilihan pusingan pertama dibuka.

Secara keseluruhan, sejumlah 21,033,657 undian diterima daripada peminat membabitkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini.

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 mengumumkan pengeluar produk kesihatan wanita, Fellera Skin sebagai penaja utama. BH

ABPBH 35: Anna Jobling dominasi Top 5

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker