[VIDEO] Pendekar tewaskan Botak Chin dan Bentong Kali masih gagah

Bukan sahaja pernah terbabit dengan kes Botak Chin serta Bentong Kali, malah turut berdepan peristiwa ‘hitam’ apabila dua keretanya disimbah asid selain diserang penjenayah bersenjata.

Itu antara pengalaman sukar dilupakan Sub Inspektor (B) Lim Tee Siang, 84, sepanjang khidmatnya bertugas sebagai anggota polis bermula 1957.

Tee Siang berkata, sepanjang perkhidmatannya, beliau banyak bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah termasuk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.



“Macam-macam pengalaman menarik saya lalui ketika bertugas dahulu termasuk kereta pernah disimbah dengan asid sebanyak dua kali kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kerja saya.

“Malah, saya pernah terserempak dengan penjenayah bersenjatakan pistol yang cuba melepaskan tembakan untuk meloloskan diri. Namun, saya sempat menghalangnya daripada melepaskan tembakan walaupun saya tidak mempunyai senjata ketika itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Serdang, di sini, semalam.

Keberanian ditunjukkan beliau sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) membolehkannya menerima 56 surat penghargaan atas jasanya membanteras jenayah.



“Setiap kali bertugas, saya tidak pernah ada rasa takut kerana saya sentiasa sematkan dalam hati bahawa anggota polis perlu berani untuk melawan penjenayah.

“Saya merasa terharu apabila ada lagi insan terutama dalam kalangan komuniti PDRM sendiri yang mengingati jasa kami sebagai bekas anggota polis dengan mengadakan program lawatan,” katanya.

Beliau adalah antara empat individu yang dilawati oleh Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah menerusi Lawatan Menyantuni Pesara Polis, Balu Polis serta Petugas Polis Era Darurat di daerah ini, tadi.

Selain Tee Siang, Razali turut melawat tiga lagi individu iaitu Sub Inspektor (B) Sofia Abdullah, 77, Special Constabel Dahali Zakaria, 88 dan balu kepada Sarjan Mohd Zaidi AbuBakar, Noraini Yasin, 41, di kediaman mereka di sekitar daerah ini bermula jam 10.30 pagi.



Sementara itu, Razali berkata, lawatan berkenaan adalah bagi menyatuni pesara polis, balu polis serta petugas polis yang terbabit dengan peristiwa darurat pada 1948.

Otai' polis lawan penjenayah Botak Chin dan Bentong Kali masih gagah  [METROTV] | Harian Metro

“Sebelum ini, kami ada mengadakan program pendaftaran bagi e-pesara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dengan 76 pegawai dan anggota polis yang tinggal di daerah ini yang sudah bersara mendaftar dalam program itu.

“Melalui pendaftaran itu, kami menjejaki mereka untuk menziarah mereka supaya mereka rasa dihargai serta tidak terasing daripada komuniti polis selain memberikan sumbangan barang keperluan,” katanya.



Sumber : Harian Metro

Abang Botak : 12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker