Abang Botak : 12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta

oleh Ab Jalil Backer

Kita semua marah tindakan seorang lelaki menghentak helmet ke cermin kereta. Ramai yang pernah mengalami kejadian hampir serupa.

Ketika ramai penunggang motosikal berhemah, tidak kurang ramai juga yang menjadikan jalan raya macam bapa mereka punya.

Cuma hukuman penjara 12 bulan untuk pembuli jalan raya terbabit agak keterlaluan bagi kesalahan pertama.

Memang mudah kita berkata padan muka siapa suruh jadi samseng dan pembuli jalan raya.

Namun menjadi samseng dan pembuli dengan hilang sabar seketika adalah sesuatu yang berbeza.

Samseng merupakan kumpulan manusia yang tidak mempunyai empati kemanusiaan dan akan mengulangi tindakan-tindakan kasar dan merbahaya kepada masyarakat.

Manakala untuk mendakwa seseorang itu pembuli kita harus melihat pengulangan tindakan-tindakan beliau bukannya kepada satu peristiwa sahaja.

Dalam masa yang sama, sistem keadilan harus berupaya membezakan penjenayah tegar dengan perwatakan manusia biasa.

Manusia biasa kadang-kadang boleh hilang kawalan diri sekelip mata pada saat tertentu. Ini boleh berlaku kerana faktor di tempat kejadian atau faktor-faktor lain telah terhasil sebelum peristiwa.

Memang mudah kita berkata fikir dahulu sebelum bertindak. Namun manusia tetap manusia tidak akan mampu bereaksi seperti robot setiap masa.

Di sinilah tugas hakim dan pengawal keadilan menentukan keadaan itu. Hukuman 12 bulan penjara untuk “abang botak” tampak terlalu berat.

Selepas ini apa hala tuju beliau sebagai bekas banduan? Bukan semua bekas banduan akan menikmati jawatan Menteri Kewangan dan bakal Perdana Menteri.

Justeru mengenakan denda dan kerja kemasyarakatan lebih sesuai bagi kesalahan pertama.

Malah mengenakan hukuman sebatan 1 rotan lebih baik dari memenjarakan beliau selama 12 bulan, yang menghancurkan masa depannya dan menghabiskan wang rakyat.

Dalam kes-kes sebegini sistem keadilan kita sepatutnya lebih peka. Tindakan botak tersebut tidak membabitkan kecederaan fizikal atau hampir kepada bahaya nyawa manusia.

Malangnya Hakim dan pejabat peguam negara gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker