Suami isteri dijemput Ilahi ketika nak pergi mengundi

#PRU15

Suami isteri dijemput Ilahi ketika nak pergi mengundi

KOTA TINGGI – Suami isteri maut selepas kenderaan Perodua Alza dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 12.08 tengah hari.



“Hasil siasatan mendapati pemandu Perodua Alza dalam perjalanan hendak ke Skudai untuk mengundi di Skudai setelah selesai mengundi di Felda Lok Heng.

“Pemandu berusia 37 tahun yang sedang menghala ke Johor Bahru dipercayai telah terbabas semasa melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan menghala ke Mersing lalu bertembung dengan Toyota Hilux.

“Ekoran daripada kemalangan tersebut, pemandu dan penumpang Perodua Alza iaitu suami dan isteri meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak mereka iaitu kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun patah kaki kanan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan dan ketika kejadian, keadaan jalan basah akibat hujan.



Menurutnya, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Alza yang gagal mengawal kenderaannya dengan baik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis Kota Tinggi menasihatkan orang ramai khasnya pengguna jalan raya supaya sentiasa peka dan berhati-hati semasa memandu dengan mengambil kira faktor cuaca demi menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya lagi. K Online

Suami isteri dijemput Ilahi ketika nak pergi mengundi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga



Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker