Ustaz, semak dahulu jangan cepat ulas – Khairuddin

Ustaz, semak dahulu jangan cepat ulas – Khairuddin

Ahli politik terutamanya yang bergelar ‘ustaz’ tidak sepatutnya cepat mengulas tentang sesuatu berita dan perlu menyemak dahulu kebenarannya.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Islam mengajar umatnya bersikap tabayyun iaitu menyemak dahulu demi kebenaran.



“Dalam dunia media baharu yang tiada sempadan, terlalu mudah satu berita palsu dilontar ke dalam kumpulan WhatsApp atau Facebook lalu dikongsi dan diulas.

“Sebaik-baiknya mengambil sikap tawakkuf, menangguh dan berhenti sejenak sehinga ternyata kebenaran berita,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, pentadbir laman Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya meminta maaf kerana berkongsi poster mengandungi maklumat palsu kononnya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah dilantik sebagai Pengerusi Felda.

Bagaimanapun, Teresa tidak berpuas hati dengan permohonan maaf itu dan meminta Khalil bertanggungjawab serta tidak meletakkan beban kesalahan di atas pentadbir laman Facebook miliknya.



Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menambah, tidak rugi sekiranya tidak menjadi orang yang awal berkongsi berita apatah lagi ternyata melibatkan berita palsu.

“Malah berita separa masak pun wajar ditangguh kerana kita mungkin mendapat atau melihat satu sisi sahaja yang tidak lengkap sehingga menimbulkan persepsi,” jelasnya. MG

Ustaz, semak dahulu jangan cepat ulas – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker