PRN Johor: PKR mahu guna logo sendiri, DAP dan Amanah mahu logo PH

Keputusan berhubung penggunaan logo bagi PH dalam PRN Johor akan dimuktamadkan dalam masa dua hari lagi, kata pengerusinya Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, PKR berhasrat menggunakan logo sendiri manakala DAP dan Amanah ingin menggunakan logo gabungan itu.

“Kita zahirkan (dalam mesyuarat) tadi bahawa setelah pengalaman di Melaka, akar umbi PKR agak kuat meminta agar logo PKR digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung kira-kira dua jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.



Bagaimanapun, kata Anwar, gesaan itu hanya untuk kerusi yang ditandingi calon PKR.

“Pandangan kawan-kawan lain merasakan lebih sesuai (logo) PH. Jadi kita akan muktamadkan dalam dua hari lagi,” katanya yang juga presiden PKR.

PRN Johor, Pejuang tolak kerjasama mahu bertanding solo



Terdahulu, seorang pemimpin PH Johor menyuarakan harapan agar isu tersebut dapat diselesaikan dalam mesyuarat hari ini.

Ekoran pencapaian buruk PH dalam PRN Melaka pada November lalu – ketika itu menggunakan logo gabungan – PKR membangkitkan agar gabungan itu kembali menggunakan logo PKR dalam pilihan raya akan datang.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika itu berkata, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi ketika PRN Melaka, antaranya untuk memperkenalkan calon-calon baru dan lambang PH yang berbeza berbanding ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke juga pernah mencadangkan yang PH tidak lagi perlu berpegang dengan keyakinan bahawa perlu satu logo tunggal untuk menang dalam pilihan raya.



PRN Johor: PH muktamadkan isu logo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker