PM melawat Agong di IJN



PETALING JAYA – Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki pekarangan Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur petang tadi.

Difahamkan kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu memasuki pekarangan IJN kira-kira pukul 5.10 petang.

Kehadiran Perdana Menteri ke IJN dipercayai untuk melawat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jalani Rawatan Susulan Di IJN, YDP Agong Berada Dalam Keadaan Baik-Datuk Pengelola Bijaya DiRaja

Terdahulu Kosmo! melaporkan Al-Sultan Abdullah berkenan menjalani rawatan susulan dan pemeriksaan kesihatan di untuk tempoh beberapa hari bermula Sabtu lalu.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan adalah berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang dijalani oleh Al-Sultan Abdullah di IJN pada 20 September lepas.




 

PM melawat Agong di IJN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perdana Menteri lawat Mahathir di IJN



Leave a Reply

Your email address will not be published.