MB Perlis mengadap PM bincang isu negeri

 

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan di Putrajaya bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan Perlis.

“(Ini pertemuan) biasa sahaja, (bincang) masalah kerajaan negeri Perlis,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada Bernama selepas pertemuan lebih satu jam itu.



Sementara itu, Mohd Shukri berkata antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai projek pembangunan di negeri Perlis.

“Pertemuan baik… Alhamdulillah, banyak sokongan daripada Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Anwar tiba di Kementerian Kewangan pada 9.53 pagi bagi memulakan tugasnya disusuli dua timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong yang turut memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Semalam, Anwar berkata beliau akan ke Kementerian Kewangan hari ini bagi meneliti perkara berkaitan kelulusan projek secara rundingan terus.



Pada 6 Dis lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengarahkan supaya kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender, diteliti semula.

– Bernama

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker