Kos perkahwinan hampir 1 billion, pengantin lelaki bawa jambangan wang gergasi, hantaran kereta

Kos perkahwinan hampir 1 billion, pengantin lelaki bawa jambangan wang gergasi, hantaran kereta

Kos perkahwinan hampir 1 billion, pengantin lelaki bawa jambangan wang gergasi, hantaran kereta

Sebuah majlis perkahwinan di Madura, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai selepas rombongan pengantin lelaki membawa dua jambangan wang tunai berbentuk kipas gergasi di samping sebuah kereta sebagai hantaran, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan klip video yang tular di laman TikTok, rombongan pengantin lelaki dilihat membawa jambangan bunga dengan wang tunai denominasi 100,000 rupiah (RM31.12) yang dibentuk seperti kipas.



Jambangan tersebut sungguh besar sehingga boleh menutupi tubuh orang dewasa.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Riyan, majlis perkahwinan pengantin bernama Wahyu dan Nita itu berlangsung di Sumenep.

Menurutnya, kos perbelanjaan majlis tersebut adalah hampir 1 bilion rupiah (RM311,156). Mas kahwin yang diterima pengantin perempuan adalah 300 juta rupiah (RM93,348), manakala kereta baharu yang dihadiahkan sebagai hantaran berharga 400 juta rupiah (RM124,464).


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah Bertemu Dengan Lelaki Lain, Ini Komen Yusof Haslam



 


Riyan yang merupakan bapa kepada pengantin lelaki berkata, majlis tersebut diadakan secara mewah kerana mahu membuatkan anaknya berasa gembira.

“Perkahwinan adalah perkara yang berlaku sekali seumur hidup. Penduduk Madura memang begini. Bersusah payah agar anak-anaknya berasa bahagia,” ujarnya.



Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen  netizen.

“Tradisi di Madura memang begitu. Cuma, sekiranya pasangan pengantin bercerai nanti, jangankan kereta, pinggan yang pecah pun akan diambil kembali,” kata seorang pengguna. – AGENSI

Kos perkahwinan hampir 1 billion, pengantin lelaki bawa jambangan wang gergasi, hantaran kereta

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Shuib suami kiriman Tuhan – Watie



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker