Wanita conteng kereta parkir depan rumah guna lipstik

Wanita tersebut berang kerana pemilik kereta itu tidak mengalihkan kenderaannya. – TikTok

Seorang wanita di Indonesia nekad menconteng bonet sebuah kereta yang diparkir di hadapan pagar rumahnya kerana berang kenderaan tersebut tidak dialihkan, lapor program berita Liputan6 semalam.

Berdasarkan sebuah klip video tular di laman TikTok, wanita berkenaan dilihat menconteng kereta berwarna putih itu menggunakan gincu.

Meskipun tidak akan memberi kesan kekal pada badan kereta, penggunaan gincu akan membuatkan kenderaan menjadi kotor sekiranya tidak dibersihkan dengan betul.

Kereta itu dikatakan diletakkan betul-betul di hadapan pintu pagar rumah wanita berkenaan sehingga menyukarkannya untuk keluar atau masuk ke dalam rumahnya.



Pemilik kereta tersebut juga dikatakan tidak pergi mengalihkan kenderaannya  yang mendorong wanita berkenaan menulis kata-kata peringatan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Yang tinggal di rumah di tepi jalan pasti boleh memahami keadaan ini,” kata seorang pengguna.

“Idea yang bagus tetapi mahu tahu juga, apa yang berlaku seterusnya?” kata netizen lain. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker