Puteri Balqis terpaksa jumpa psikiatri, makan ubat
Puteri Balqis terpaksa jumpa psikiatri, makan ubat
“Saya kehilangan siapa diri ini. Bertahan daripada memikirkan masa silam dan bangun tidur dalam keadaan bergetar-getar.”
Demikian pengakuan pelakon Puteri Balqis yang kini terpaksa mendapatkan kaunseling daripada pakar psikiatri bagi bagi merawat masalah gangguan emosi yang sedang dihidapinya.
Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, 15, bagaimanapun berkata, ubat-ubatan hanya mampu menenangkan dirinya kurang daripada lapan jam selepas diambil, sebelum kembali berasa kosong.
“Jumpa pakar psikiatri lagi. Ubat-ubatan ini membuatkan saya gembira (tenang) hanya untuk kurang daripada lapan jam.
“Selepas tempoh itu, semuanya kembali menjadi kabur dan saya jadi ‘kosong’ lagi. Saya dah hilang siapa diri saya,” katanya menerusi satu entri dalam Instagram.
Pelakon remaja yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 menzahirkan keluhan apabila harga preskripsi ubat diambilnya sangat mahal.
“Orang tanya saya, ‘macam mana saya sembuh daripada depresi?’. Jawapan saya, (rawatan) depresi atau kemurungan sangat mahal.
“RM160 untuk sekotak ubat sebelum diskaun. Saya jadi bertambah murung memikirkan tentang harganya,” coretnya menerusi Instastory.
Terdahulu, Balqis menerusi satu temu bual dalam laman perkongsian video, YouTube membuat pendedahan tergempar pernah melalui gangguan seksual dan pengabaian daripada bapa kandungnya sendiri ketika kecil.
Menerusi temu bual tersebut, Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish mendakwa pengalaman pahit tersebut telah memberi kesan kepada emosi dan pembentukan dirinya saat meningkat remaja.
Selain Aqish sendiri ada membuat laporan polis, susulan pendedahan tersebut juga, suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut. K Online
Puteri Balqis terpaksa jumpa psikiatri, makan ubat
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET