Jangan beri harapan palsu

Jangan beri harapan palsu

Oleh ALIF FADLI MOHD SORI

MAAF jika anda sudah bosan dengan cerita sama, tetapi selagi belum ada kenyataan menoktahkan kontroversi yang berlaku, persoalan sama masih bergentayangan. Siapa betul atau salah, jangan risau kebenaran akan terserlah juga.



Tetapi bercakap pasal Tyzo, ramai juga yang kasihan dengan nasib yang harus dilalui. Tetapi bak kata bekas-bekas penyampai radio, itulah resmi hidup sebagai pemain industri tersebut. Tidak selamanya di atas.

Namun di kala warganet menghulur kata simpati, kita dapat lihat beberapa stesen radio sama ada swasta atau kerajaan sendiri ‘berebut-rebut’ mengatur pertemuan dengan lelaki berusia 47 tahun itu.

Poklip teruja juga melihat stesen mana yang berjaya merebut penyampai radio paling popular tahun lepas ini namun, dalam pada masa sama mengharapkan langkah itu bukan sekadar menabur janji palsu.

Yelah, ada yang beranggapan pertemuan itu sekadar menangguk di air keruh. Menggunakan kehangatan nama Tyzo semata-mata untuk perhatian. Atau dalam bahasa media sosial, clout chaser.



Kalau sebegitu tinggi perhatian yang diberi, setidaknya pasti ada sedikit harapan yang terbit dari hati Tyzo. Mana tidaknya, dia juga perlu memikirkan soal rezeki. Bukan untuk dirinya sahaja, tetapi untuk anak dan keluarganya.

Malah pada detik tangannya terkapai-kapai, dia pasti mengharapkan setiap pertemuan itu ada hasilnya. Tinggal memilih mana yang terbaik, bukan untuk setahun dua tetapi mungkin berdekad lamanya.

Janganlah rebutan yang berlaku sekadar hanya berkompang di media sosial ya. Cuma Tyzo juga janganlah terlalu mengharap. Kadang-kadang apa yang kita inginkan tidak selari dengan perancangan.

Cukup sekadar berusaha dan tawakal. Tuhan itu wujud. Kita juga sedia maklum, setiap stesen radio punya hala tuju sendiri dan mungkin kehadiran Tyzo boleh membantu atau tidak kena dengan pelan itu.



Poklip pun tak sabar nak tahu penjelasan DJ Lin yang terkait sama dengan kontroversi yang berlaku. Ingat, kita bukan nak tuding jari mencari salah sesiapa. Jangan risau, yang benar akan sentiasa menang. Utusan

Jangan beri harapan palsu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker