Ketua Pemuda PAS akui tiada pemilihan jawatan tertinggi tetapi…

PAS dan Umno berbeza sama sekali dalam soal pemilihan pimpinannya kerana dua jawatan tertinggi parti lawannya itu tidak dipertandingkan secara rasmi.

Ketua Pemuda PAS yang baru dilantik, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata PAS sebenarnya mempertandingkan semua jawatan tertinggi parti.

Jelasnya, perwakilan dan pimpinan kawasan PAS yang mencalonkan penyandang jawatan masing-masing termasuk bagi jawatan presiden.



“Mana ada kita sama dengan Umno sebab kita buka pertandingan pemilihan, tak pernah keluar arahan untuk lima jawatan itu tidak dipertandingkan.

“Siapa nak jadi calon, letaklah. PAS tidak pernah menghalang atau kita sekat siapa yang mahu mencalonkan diri.

“Nak calonkan Mak Minah, nak calon Cik Embun, nak calon siapa pun, dengan syarat ahli PAS,” katanya.

Sementara itu, Afnan berkata lima jawatan tertingginya bukannya tidak dipertandingkan, sebaliknya semua lima calon disahkan menang tanpa bertanding.



“Tahun ini semua jawatan PAS ada pemilihan daripada Presiden sehingga ahli jawatankuasa namun maksud tidak dipertandingkan kali ini bukan membawa maksud melarang ahli namun boleh dikatakan semua PAS kawasan memang tiada menghantar nama calon untuk bertanding bagi lima jawatan itu.

“Kalau dah tinggal calon tunggal untuk lima jawatan itu, maka, buat apa ia dipertandingkan sebab semua bersetuju untuk ia dikekalkan,” katanya.

Ini kata Afnan amat berbeza daripada Umno yang tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presidenya berdasarkan usul tambahan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022.

“Umno pula ramai yang nak lawan presiden Umno agar dapat pemimpin baru yang lebih baik kerana Umno menganggap presiden yang sedia ada ini presiden yang menanggung liabiliti, yang menanggung beban, malu orang Umno dapat presiden macam itu malu.



“Sebab mereka ada seorang ketua yang yang dalam satu himpunan yang besar dan rasmi di peringkat parti berjanji dengan ahli parti No DAP, no Anwar, tiba-tiba bentuk kerajaan, dia sanggup berpakat, menggadai prinsip parti, membohong kepada ahli, berbohong kepada parti.

“Demi diri sendiri untuk merebut takhta dan melepaskan diri peribadi,” katanya menerusi ceramah sempena Muktamar PAS ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan tiada pertandingan berlangsung untuk jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden selepas tiada calon yang mencabar penyandang.

Justeru, lima pemimpin tertinggi PAS kekal menerajui parti itu untuk tempoh dua tahun lagi apabila semua mereka tidak dicabar mana-mana calon dalam pemilihan kali ini.



Selain itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan antara individu yang menolak untuk dinamakan sebagai calon bagi jawatan naib presiden pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-69 itu.

Menteri besar Kedah itu merasakan dirinya belum cukup layak untuk memegang jawatan tersebut dan lebih selesa menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja.

Tiada nama calon dihantar oleh PAS peringkat kawasan menyebabkan lima jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan pada Muktamar Tahunan Ke-69.

Mengulas lanjut, Afnan berkata bagi tiga jawatan naib presiden, pada asalnya ada perlawanan selepas menerima empat pencalonan membabitkan tiga penyandang serta seorang lagi iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor.



“Bagaimanapun Menteri Besar Kedah menarik diri atas alasan tertentu menyebabkan ketiga-tiga calon lain dikira menang tanpa bertanding memandangkan calon yang diketengahkan hanya empat sahaja.

“Perkara inilah perlu diperjelaskan secara terperinci supaya tidak ada mana-mana pihak memanipulasi kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini untuk dipolitikkan,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker