Polis tahan 2 pelajar edar video rakan perempuan mandi

Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan memiliki dan mengedar video seorang kenalan perempuan mereka yang sedang mandi.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kedua-dua suspek ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan ekoran laporan polis yang dibuat remaja perempuan berusia 13 tahun itu, pada Jumaat.

“Pengadu mendakwa salah seorang suspek telah memberitahu mempunyai video dirinya sedang mandi dan meminta bayaran RM50 jika mahu video tersebut.



“Pengadu mendakwa video itu disebarkan oleh seorang lagi suspek kerana ia dibuat semasa mereka berhubung menerusi panggilan video pada Mei lepas,” katanya semasa dihubungi.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana memiliki video lucah yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker