Pertimbang benar pengusaha tanam ketum – Zahidi

Pertimbang benar pengusaha tanam ketum susulan langkah Thailand keluarkannya dari senarai dadah, kata Zahidi

Kerajaan diminta membenarkan penanaman tanaman hemp dan ketum susulan langkah kerajaan Thailand mengeluarkan tanaman itu daripada senarai dadah.

Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin, berkata selain ketum, ada pengusaha meminta menanam hemp (varieti tanaman kanabis) yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara.



Beliau berkata, hemp ada persamaan dengan kenaf (varieti tanaman kanabis) selain turut dikaitkan dengan ganja, namun ia sebenarnya tidak mengkhayalkan sekiranya dihisap.

“Hemp ini sejenis tanaman yang juga seperti kenaf kerana ia boleh buat perabot selain mengeluarkan tar untuk dijadikan sebagai ubat kanser.

“Tanaman ini (hemp) mempunyai permintaan tinggi di luar negara dan harganya pula sangat mahal,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Bantuan Bakul Makanan Semangat Prihatin Keluarga Kita Keluarga Malaysia di Masjid Jamek Badlishah, di Yan, Kedah.



Menurutnya, semua cadangan dan permintaan itu perlu dibincang bagi mengetahui sama ada Malaysia boleh mengambil langkah sama seperti Thailand dalam isu ketum dan hemp.

Pada 2018, Zahidi yang juga bekas pengerusi pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah (RISDA), pernah memberi cadangan setiap rumah menanam ketum sebanyak lima pokok kerana dilihat mampu membantu taraf ekonomi penduduk tempatan terutama golongan pekebun kecil. FMT

Pertimbang benar pengusaha tanam ketum – Zahidi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker