Polis tidak terima laporan pembabitan rakyat Malaysia dengan aktiviti IS di Afghanistan

Polis tidak terima laporan pembabitan rakyat Malaysia dengan aktiviti IS di Afghanistan, kata KPN

Polis tidak mempunyai maklumat berhubung berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Islamic State (IS) di Afghanistan.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, walau bagaimanapun PDRM telah mengemukakan permohonan kepada agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan serta dakwaan berkenaan.

“Polis mengambil maklum terdapat laporan berita bahawa dua rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Taliban di Afghanistan ekoran penglibatan mereka sebagai pejuang Islamic State (IS).

“Setakat ini PDRM tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti IS di Afghanistan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilapor tersebut melibatkan pejuang IS warganegara Malaysia yang telah sedia ada berada di luar negara.

Terdahulu, media melaporkan militan Taliban di ibu negara Afghanistan, Kabul, dipercayai menawan enam anggota Isis, termasuk dua anggota terdiri dari rakyat Malaysia.

Menurut Akhbar Britain, The Times, kumpulan terbabit disyaki berjuang bagi puak Isis-K, sebuah cabang beroperasi di bahagian selatan dan tengah Asia. FMT

Polis tidak terima laporan pembabitan rakyat Malaysia dengan aktiviti IS di Afghanistan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker