Bukan pergi bercuti di Hangzhou!

Bukan pergi bercuti di Hangzhou!

Atlet negara yang menggalas tugas di Sukan Asia Hangzhou tetap mempunyai sasaran tersendiri dan bukannya pergi untuk bercuti!

Itu tegas Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nur Azmi Ahmad yang menjawab kritikan segelintir pihak apabila mendakwa atlet negara seperti pergi ‘holiday’ selepas tidak diletakkan sasaran secara spesifik di temasya berkenaan.



Beliau, berkata setiap atlet mempunyai sasaran masing-masing dengan mereka sudah tentunya akan berusaha bagi menghadirkan kejayaan di Hangzhou sekali gus tidak menghampakan rakyat Malaysia.

“Atlet negara cukup bersemangat walaupun tiada sasaran pingat secara khusus namun mereka tidak akan menghampakan rakyat Malaysia.

“Saya ingin ulang kembali kenyataan yang mengatakan atlet pergi ‘holiday’ (bercuti)… sebenarnya setiap kali pergi ke kejohanan, mereka ada sasaran setiap kali mewakili negara. Sama ada sasaran itu dapat atau tidak, itu adalah pada hari pertandingan nanti.

“Jadi, saya percaya tiada holiday untuk atlet dan pegawai sukan di mana-mana pun tetapi sudah tentu mereka akan berusaha untuk memenangi sebutir pingat untuk negara biarpun kita meletakkan sasaran secara berkumpulan,” katanya ketika ditemui pada majlis majlis pelepasan kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, hari ini.



Seramai 89 atlet membabitkan sukan hoki, renang, e-Sukan, sepak takraw, menembak, wushu, ragbi dan taekwando akan berlepas ke Hangzhou semalam bagi menggalas cabaran negara di Sukan Asia Hangzhou yang akan membuka tirai secara rasmi, Sabtu ini.

Pada edisi kali ini, kontinjen Malaysia menggunakan pendekatan baharu apabila tidak lagi meletakkan sasaran pingat secara spesifik sebaliknya menyasarkan untuk membawa pulang 27 pingat tanpa mengira warna secara keseluruhan.

Sebagai rekod, pada edisi terakhir di Jakarta-Palembang 2018, Malaysia membawa pulang tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa. BH

Bukan pergi bercuti di Hangzhou!



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)



La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf



Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker