Ameera Khan enggan komen berjudi lumba kuda di luar negara

Ameera Khan enggan komen berjudi lumba kuda di luar negara

Personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Nur Ameera Khan memilih tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan berjudi lumba kuda di luar negara.

Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan sekadar memberi jawapan pendek selepas namanya kembali tular apabila memuat naik foto menghadiri acara lumba kuda di sebuah lokasi yang tidak diketahui.



“Apa yang saya kongsi dalam Instagram (IG) untuk anda lihat, itu sahaja. Ia adalah pilihan saya berkongsi dan apa sahaja yang anda mahu ambil daripada perkongsian itu, fikirlah apa yang anda nak fikir.

“Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, ramai melemparkan kata-kata negatif ekoran Ameera memuat naik foto sedang memegang tiket dengan kapsyen meletakkan pertaruhan.

Ameera menjawab dakwaan ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar di sebuah pusat beli belah, di sini, tengah hari tadi.



Sementara itu, ibunya, Datin Noor Kartini yang turut hadir pada majlis itu mempertahankan anaknya.

Noor Kartini berkata, dia berbangga anak-anaknya tidak mempunyai masalah sosial dan tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat yang tidak baik.

“Kita kena faham acara dan tempat perjudian itu berbeza. Apa yang Ameera bawa, ia sebenarnya beg jenama mewah. Kita kena tahu sejarah di sebalik sesebuah jenama itu.

“Kadang-kadang rasa geram sebab macam mereka tidak faham fesyen, jenama dan sejarah di sebalik jenama itu.



“Alhamdulillah, tiada siapa boleh lihat anak-anak saya ada di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha, vape dan lain-lain.

“Itu yang buat mama boleh rasa bangga. Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan lakukan perbuatan seperti yang didakwa.

“Kami tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian.

“Kalau nak cakap pasal lain, saya rasa semua orang melalui fasa tersendiri seperti pada usia remaja, dewasa dan matang. Ada perubahan dalam kehidupan, tiada orang yang keluar terus sempurna.



“Kita pun kenal siapa keluarga, tahu anak kita siapa,” katanya.

Bertanya mengenai status perkahwinan anaknya, Noor Nabila, dia enggan memberikan komen.

“Itu saya tak mahu jawab. Sebab dia sudah dewasa, berkeluarga. Kalau nak tahu, tanya dia sendiri. Untuk Ameera dia masih bawah perlindungan dan jagaan saya.

“Urusan rumah tangga anak-anak, saya tak masuk campur dan tak nak tahu. Saya mahu gembira dengan anak dan cucu.



“Bagi saya, anak-anak sempurna di mata saya dan tiada apa lagi yang saya mahu rungutkan.

“Bukan ramai ibu bernasib baik dan beruntung Allah bagi nikmat seperti apa yang saya dapat,” katanya. BH

Ameera Khan enggan komen berjudi lumba kuda di luar negara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker