Jenazah kembar abang selamat dikebumi

SUASANA di pekarangan kediaman keluarga kembar abang, Muhamad Shazwan Hakim di Batu Maung di sini petang tadi

GEORGE TOWN – Jenazah kembar abang, Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, yang terkorban dalam kemalangan melibatkan lebih lima motosikal dan sebuah kereta di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor di sini pagi tadi selamat dikebumikan sebentar tadi.

Anak sulung daripada empat beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Maung kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Upacara pengebumian Muhamad Shazwan Hakim turut dihadiri kira-kira 50 sahabat handal dan sanak-saudara.

Bapanya, Mohd. Abdul Sani, 40-an, ketika ditemui Kosmo! di sini berkata, dia reda dengan pemergian anak sulungnya selepas selang empat bulan anak ketiganya, Muhamad Shazril Haikal, 20, maut dalam kemalangan di Parit Buntar, Perak Mac lalu.



“Saya sememangnya masih terkejut dengan berita kematian anak sulung namun terpaksa reda dengan kehendak Ilahi,” ujarnya.

Dalam kejadian kemalangan itu, seorang lagi adik kembar, Muhamad Shazwan Hakim iaitu Muhamad Shazwan Hafis mengalami kecederaan parah dan kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

Turut terkorban di tempat kejadian ialah dua lagi rakan pasangan kembar tersebut iaitu Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul ,19 termasuk seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17, yang meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah, Unit Kecemasan HPP pada pukul 10.45 pagi tadi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker