Porsche terbabas, terbakar elak motosikal

Porsche terbabas, terbakar elak motosikal

Gombak: Sebuah kereta mewah Porsche Panamera 4S terbakar selepas dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir berkata, kenderaan dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun itu terbabas sejurus tiba di susur ke Greenwood ketika cuba mengelak sebuah motosikal yang keluar secara melulu.



“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta dalam perjalanan dari Bukit Idaman menghala ke Wangsa Maju cuba mengelak sebuah motosikal yang keluar mengejut dari arah Lebuh Utama Sri Gombak.

“Insiden itu mengakibatkan pemandu kereta hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun penunggang motosikal terus berlalu pergi.

Katanya, nombor pendaftaran motosikal berkenaan belum dikenal pasti dan polis berusaha mengesan penunggang terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik,Sarjan Mohd Azlan Shaifullah Mohd Azhar di talian 019-67 48511.

“Saksi kejadian juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126 2222,” katanya. HM

Porsche terbabas, terbakar elak motosikal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker