PRN Johor: Pertembungan 6 penjuru di DUN larkin

JOHOR BAHRU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin menyaksikan persaingan enam penjuru melibatkan kesemua muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Saingan itu disertai Ketua Pemuda UMNO Johor, Hairi Md. Shah mewakili Barisan Nasional (BN) dan Dr. Zamil Najwah Arbaian daripada PKR.

Dua yang lain mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing mencalonkan Mohamad Riadz Mohamad Hashim dan Rasid Abu Bakar.



Perikatan Nasional (PN) pula meletakkan bekas setiausaha akhbar Setiausaha Agung gabungan itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin iaitu Zulkifli Bujang dan pendakwah bebas, Norramadan Buan, 46 sebagai calon Bebas.

Penerimaan kertas penamaan calon DUN Larkin diumumkan tamat tepat pukul 10 pagi tadi.

Kedudukan calon bagi keenam-enam kertas undi didahului calon Pejuang, Muda, PKR, PN, Bebas dan BN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas, DUN Larkin dimenangi Mohd. Izhar Ahmad dari Bersatu dengan majoriti 8,590 undi menewaskan Datuk Yahya Ja’far (BN) dan Zakiah Tukirin daripada Pas.



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak



Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker