Abang Qu pengganti Iqbal, Vida dapat PA baru

Abang Qu pengganti Iqbal, Vida dapat PA baru

Jutawan kosmetik Dato Seri Vida (DSV) akhirnya berjaya menemui pembantu peribadi (PA) yang baharu menggantikan Iqbal Zulkefli sebelum ini.

Vida Pilih Abang Qu

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Vida memperkenalkan PA baru nya itu yang dikenali sebagai Abang Qu. Menurut Vida, dia menerima banyak permohonan untuk menjadi PA nya namun tertarik dengan sikap Qu yang pemalu.

“Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah…semua hebat hebat..

“PA baru saya ini @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah” tulis Vida

Gaji 10K?

Di kesempatan itu, Vida turut mendedahkan bahawa QU dibayar gaji sebanyak RM 10,000 dan mengharapkan agar lelaki itu dapat bekerja dengan baik dan memberi manfaat kepada perniagaannya.

“Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh. Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn” katanya

Difahamkan, Qu juga merupakan seorang pensohor media sosial dan aktif membuat pelbagai kandungan di aplikasi TikTok. Mr

Abang Qu pengganti Iqbal, Vida dapat PA baru


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker