DAP bakal ‘gulung tikar’, Pulau Pinang bukan lagi kubu kuat – PAS

Pulau Pinang yang ditadbir PH sejak PRU 2008 kini bukan lagi kubu kuat dan kebal bagi DAP, menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Muhammad Fauzi Yusoff.

Membangkitkan keputusan PRN lalu, Fauzi membandingkan kemenangan “bergaya” PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah dengan DAP yang “dihimpit dengan sangat dahsyat”.

“Secara tidak langsung ini membuka lembaran baru kepada landskap politik di Pulau Pinang.



“Rakyat di Pulau Pinang bersedia untuk menggantikan DAP serta sekutunya dengan gabungan blok politik yang lebih prihatin, bersih, stabil dan meyakinkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRN yang berlangsung 12 Ogos lalu, PN hampir menafikan majoriti dua pertiga gabungan PH-BN di Pulau Pinang, apabilia menang di 11 daripada 40 kerusi DUN.

PH juga tewas di tiga kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh, yang dahulunya kubu kuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada PRU14, PH menang 37 kerusi DUN di Pulau Pinang.



Sementara itu, PAS menang 42 daripada 45 kerusi DUN di Kelangan, 33 daripada 36 kerusi DUN di Kedah, dan kesemua 32 kerusi DUN di Terengganu.

Fauzi mengaitkan kemerosotan sokongan di Pulau Pinang dengan “amalan tata kelola dan pentadbiran yang cacat ” oleh DAP di peringkat persekutuan dan negeri.

“Lihatlah bagaimana Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan daripada DAP Nga Kor Ming secara terang-terangan menggunakan logo DAP dan PH bersama jata negara dalam program rasmi kementerian ketika memberikan sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina.

“Lihatlah bagaimana angkuhnya mereka meneruskan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang akan menjejaskan ekosistem marin dan mata pencarian ribuan nelayan di sepanjang perairan Pulau Pinang, Kedah dan Perak,” katanya lagi.



Menjelang PRN, PN berjanji untuk membatalkan projek itu jika mentadbir negeri.

Pada Mei lalu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengumumkan saiz projek itu akan dikecilkan kepada 931 hektar di sebuah pulau, berbanding tiga pulau mengikut rancangan awal.

“Sementara itu, Fauzi mendakwa “sifat lunak” DAP kepada sebahagian “pemimpin Umno yang korup” menyebabkan rakyat, terutama kaum Cina dan India, muak dengan mereka.

“Ternyata perjuangan sekular DAP yang pada awalnya bertegas demi tata kelola dan pentadbiran yang telus dan bersih kini berubah menjadi perjuangan yang berkompromi dengan amalan salah guna kuasa dan pecah amanah,” katanya lagi.



Justeru, dia berkata “penyatuan ummah” adalah penyelesaian buat rakyat Malaysia, termasuk di Pulau Pinang.

“Dalam keadaan PN Pulau Pinang yang masih dalam fasa pemerkasaan dalaman, DAP telah dihimpit dengan sangat dahsyat dalam PRN yang lalu.

“Bayangkan sekiranya PN Pulau Pinang diberi sedikit masa lagi, pastinya DAP dan sekutunya akan gulung tikar,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?



Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker