Polis Singapura terima ancaman bom di 18 lokasi

Polis Singapura terima ancaman bom di 18 lokasi

Lapan belas lokasi di sekitar Singapura, termasuk bangunan kerajaan, kedutaan dan tempat tarikan pelancong, telah berada dalam keadaan siap sedia dengan segala kemungkinan selepas dakwaan ancaman bom, lapor Berita Harian Singapura.

Pasukan Polis Singapura berkata mereka dimaklumkan mengenai dakwaan ancaman bom sekitar jam 9.10 pagi, dan memberitahu pegawai keselamatan di premis masing-masing untuk pemeriksaan lanjut.



Bagaimanapun polis tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai lokasi tersebut.

“Polis memandang serius semua ancaman keselamatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang dengan sengaja menyampaikan maklumat palsu mengenai ancaman bom,” kata mereka.

Polis berkata mereka sedang menyiasat kes maklumat palsu mengenai perkara berbahaya di bawah Seksyen 268A Kanun Keseksaan 1871. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga $50,000, atau kedua-duanya sekali. Vc

Polis Singapura terima ancaman bom di 18 lokasi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?



Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta



Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker