VIP mangsa ugut sebar video lucah

KUALA LUMPUR – Golongan kenamaan (VIP) tidak terlepas daripada menjadi mangsa pemerasan atau ugutan menyebarkan gambar dan video lucah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mangsa berkenaan terpedaya selepas suspek berkongsi video membuka pakaian termasuk berbogel sebelum meminta mangsa melakukan perkara sama.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti suri rumah, ibu tunggal selain segelintir kalangan VIP.



“Berdasarkan kes yang dilaporkan, ada mangsa termasuklah dalam kalangan VIP membayar serendah RM100 hingga lebih RM1,000 kepada suspek kerana khuatir dan malu jika gambar bogel atau video lucahnya itu tersebar.

“Modus operandi suspek ialah memperdaya mangsa baik lelaki atau wanita di media sosial seperti Facebook atau Instagram sehingga ada yang sanggup berkongsi gambar bogel atau video lucah.

“Suspek mengambil kesempatan dengan memberi barang atau ganjaran kepada mangsa pada awalnya sebagai tujuan untuk ‘memancing’ mangsa. Selain belikan hadiah, suspek akan tunjukkan gambar kononnya dia adalah seorang wanita cantik atau lelaki kacak yang hendak berkenalan dan lain-lain.

“Setelah perkenalan, mangsa diperdayakan untuk membuka pakaian dan menunjukkan anggota badan peribadi dan di situ bermulanya pemerasan,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian di Bukit Aman.



Tambah Abd Jalil, mangsa kemudian diugut suspek untuk menyerahkan video bogelnya kepada isteri, ibu bapa atau ahli keluarga lain.

Abd Jalil berkata, sebahagian besar kes tersebut membabitkan suspek yang memperdaya mangsa di media sosial.

Beliau berkata, penjenayah akan merakam video dan gambar lucah mangsa supaya mereka boleh memeras ugut untuk menyebarkannya.

“Mangsa akan diminta sejumlah wang dan jika tidak membayarnya, suspek akan menyebarkan gambar atau video mangsa di media sosial termasuk kepada ahli keluarga serta rakan mangsa,” katanya.



Jelas beliau, mangsa yang ketakutan akibat ugutan tersebut akan menyerahkan wang berdasarkan permintaan suspek.

Selain itu, kata Abd Jalil, terdapat juga kes membabitkan individu dikenali termasuk bekas teman lelaki atau teman wanita.

“Apabila pasangan ini sudah berpisah, kebiasaannya lelaki akan mengugut bekas teman wanitanya itu untuk disebarkan gambar atau video lucahnya,” katanya.

Ujar beliau, jenayah pemerasan atau ugutan menyebarkan gambar dan video lucah itu amat membimbangkan susulan perkembangan teknologi dan capaian internet yang mudah.



Katanya, bahan-bahan yang tersebar membabitkan kes itu sukar untuk dipadamkan atau dilupuskan serta boleh tular, malah ia turut memberi impak kepada mangsa dari segi psikologi dan kesihatan mental.

Justeru, pihaknya menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dan perlu bijak menggunakan media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam perkongsian maklumat peribadi seperti gambar atau video. Usah sesekali membenarkan hal peribadi didedahkan lebih-lebih lagi gambar sendiri.

“Sebarang aksi secara langsung di media sosial akan dirakam oleh pihak kedua dan jangan mudah mempercayai individu yang baru dikenali di media sosial,” katanya.



Tegas beliau, tindakan tegas undang-undang akan diambil mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 385 Kanun Abd Jalil HassanKeseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara



Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker