Motosikal Terbabas, Remaja Orang Asli Maut di Lebuhraya PLUS

Motosikal Terbabas, Remaja Orang Asli Maut di Lebuhraya PLUS

TAPAH: Seorang remaja Orang Asli maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 357.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi ini.

Mangsa, Along A/L Amir, 19, yang beralamat di Felda Trolak Utara, disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.46 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Tapah ke Kuala Lumpur.
“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa telah hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan besi di tengah lebuhraya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat yang dijadualkan hari ini selepas keputusan ujian COVID-19 diterima.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-AA

Motosikal Terbabas, Remaja Orang Asli Maut di Lebuhraya PLUS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker