Dua beradik lemas di kolam renang

Dua beradik lemas di kolam renang

IPOH – Kegembiraan sebuah keluarga beriadah bertukar pilu apabila dua kanak-kanak ditemui mati lemas dalam sebuah kolam renang di sebuah hotel di sini semalam.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun, datang untuk mandi-manda di kolam renang itu bersama bapa dan abang mereka.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 6.10 petang, semalam dan siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa telah lemas ketika berenang.

“Dua beradik berasal dari Ipoh itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menaiki ambulans dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Hasil bedah siasat ke atas mayat kedua-dua mangsa mendapati punca kematian akibat lemas,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana mengabaikan dan mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. K Online

Dua beradik lemas di kolam renang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker