Saya bukan boneka DAP – Anwar bidas Mahathir

DAP tak pertikai keperluan program untuk Melayu-Islam

Saya bukan boneka DAP – Anwar bidas Mahathir

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membalas semula kenyataan yang membayangkan dia tunduk kepada mana-mana pihak.

Ia setelah Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan pimpinan Anwar terikat dengan DAP kerana parti itu memiliki anggota parlimen yang ramai.



“Ada dibahaskan (kata) kita tunduk kerana dokongan parti berasaskan Cina, DAP yang menguasai (kerajaan).

“Perdana menteri adalah saya, saya bukan boneka sesiapa.

“Alhamdulillah umur (saya) akan cecah 76 tahun. Saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit, kalau boleh dibeli saya dah melencong lama dah,” katanya dalam forum di Putrajaya, hari ini.

Anwar Ibrahim mempertahankan sekutunya DAP dengan menegaskan parti komponen Pakatan Harapan itu tidak mempertikaikan keperluan program untuk orang Melayu-Islam.



“DAP dalam Jemaah Menteri dah tujuh bulan, ketua setiausaha negara (Zuki Ali) ada dalam mesyuarat. Tiada satu pun mereka pertikai program untuk orang Melayu, untuk orang miskin atau Islam sekalipun,” katanya.

Anwar turut menyifatkan parti-parti dalam kerajaan perpaduan sebagai rakan-rakan “penting dalam menjaga keharmonian”.

Dalam pada itu, Anwar meminta Mahathir tidak menyalahkan kegagalan menangani permasalahan ekonomi komuniti Melayu dan Islam pada pihak lain.

“Kalau kami gagal dulu ketika memimpin puluhan tahun, itu salah kamu; bukan salah pendokong kamu mengapa ekonomi Melayu tidak diangkat sekarang,” katanya.



Saya bukan boneka DAP – Anwar bidas Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker