Jemu makan ketupat lemang, kedai tomyam mula diserbu

KUALA LUMPUR – Makanan tradisi Aidilfitri tidak lagi menjadi buruan warga kota, sebaliknya mereka menyerbu pula kedai tomyam dan nasi campur bermula raya kedua kerana sudah jemu dengan ketupat dan rendang selain mahu mengubah selera.

Peniaga makanan yang memulakan bisnes sejak Ahad lalu mengakui mereka tidak menang tangan melayan kehadiran begitu ramai pelanggan yang mencari masakan Thailand dan nasi lemak.

Tinjauan Kosmo! di Kampung Baru di sini mendapati, kedai makan yang menjual sarapan dan makanan te­ngah hari diserbu pelanggan yang ingin menikmati juadah selain hidangan raya.



Seorang pengunjung, Norlizawati Jaafar, 44, berkata, dia sekeluarga mengambil keputusan untuk makan di luar kerana sudah jemu hidangan raya.

“Lagi pun saya sudah mula bekerja pada semalam (kelmarin) yang membuatkan saya mempunyai kekangan masa untuk memasak.

“Jadi, pagi ini (semalam) kami pilih untuk makan nasi lemak berbanding rendang kerana sudah jemu. Anak-anak juga sudah tak lalu makan rendang dan ketupat,” katanya ketika ditemui.

Muhammad Shahrul Nizam Musnadi, 26, pula berkata, dia dan rakan-rakannya mula mencari makanan panas kerana sudah puas menikmati juadah raya.



“Untuk raya tahun ini, saya dan rakan-rakan tidak pulang beraya, jadi kami sudah merancang untuk masak juadah hari raya macam rendang, kuah lodeh dan kuah kacang.

“Jadi kami memang sudah puas makan dan rasa masakan sendiri. Sebab itu hari ini (semalam) kami memilih untuk makan tomyam,” kata Shahrul Nizam.

Peniaga masakan Thailand, Yuli Haji Samsul, 41, membe­ritahu, pelanggan sudah mula menyerbu kedainya pada Ahad lalu untuk menikmati masakan tomyam.

“Untuk raya tahun ini, saya tidak pulang ke kampung dan memilih untuk membuka kedai pada hari raya pertama lagi.



“Saya agak terkejut sambutan orang ramai di hari raya kedua sangat menggalakkan, dan ramai pengunjung mengadu, rindu nak makan tomyam,” katanya.

Pemerhatian di kawasan Kampung Baru juga mendapati, rata-rata kedai masakan panas dan juga nasi lemak masih lagi ditutup walaupun hari raya sudah memasuki hari kelima.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa



Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker