Setiausaha Akhbar sebak, “Chief’ dah beri petunjuk mahu pulang pada 23 Julai, namun Chief’ pulang selamanya”

PETALING JAYA – Khabar duka pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi kesan kepada seluruh negara khususnya ahli keluarga, sahabat dan juga kakitangan yang setia berada di sisi beliau ketika menjalankan tugas.

Setiausaha Akhbar KPDN yang dikenali sebagai Syakirin Husnal berkongsi rasa sebak menerusi Instagramnya apabila melihat pakaian serta barang milik Allahyarham yang masih berada di dalam kenderaan menteri itu.

“Ini adalah jaket kegemaran, kasut, warna baju kegemaran beliau. Dia (Salahuddin) beritahu saya sebagai Sua perlu tahu dia pakai warna apa, saiz apa.



“Dia memang tak berhenti menghadap segala nota, sentiasa buat persiapan sebelum pergi ke mana-mana,” ujarnya di Instastory.

Dalam hantaran Syakirin di Instagramnya sebentar tadi, selain seorang yang berjiwa besar, dia menyifatkan Menteri KPDN itu seorang yang sangat berdedikasi ketika menjalankan tugas.

“Saya tahu ‘Chief’ penat. Jadual kerja kami sangat sibuk sehingga saya berharap saya boleh batalkan bagi pihak beliau.

“Satu hari beliau maklumkan mahu pulang kampung di Johor pada 23 Julai (semalam). Tidak ramai faham petunjuk itu.



“Sesungguhnya, memang betul pada 23 Julai, ‘Chief’ balik kampung untuk berehat. Tapi kali ini, beliau berehat untuk selamanya,” tulisnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.23 malam semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan sekitar pukul 10.15 malam pada Jumaat lalu setelah mengalami mual dan muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal



Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel



Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker