Polis tahan dua lelaki tunggang motosikal ala ‘Superman’

TAPAH – Dua lelaki yang dirakam melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Kilometer 329, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat sini ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 21 tahun itu diberkas dalam tangkapan berasingan di Tanjung Tualang, Batu Gajah sekitar pukul 11 pagi.

Katanya, ketika tangkapan dilakukan, kedua-dua suspek berkenaan mengaku menunggang motosikal seperti mana rakaman tular.



“Tangkapan itu dijalankan selepas kita mengesan rakaman video memaparkan aksi beberapa penunggang motosikal yang menunggang kenderaan secara menunduk dan meniarap.

“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku semalam pada pukul 1.47 tengah hari ketika pengadu iaitu pemilik kamera papan pemuka kereta sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, berikutan itu, satu laporan telah polis dibuat sebelum Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah berjaya mengesan suspek yang beralamat di Tanjung Tualang.

Katanya, siasatan terhadap kedua-dua suspek yang berkerja sebagai penyelenggara mesin sawit dan juruteknik itu mendapati mereka tidak memiliki rekod kesalahan lampau.



“Suspek dan barang kes iaitu motosikal yang digunakan ketika kejadian dibawa ke IPD Tapah untuk tindakan selanjutnya.

“Permohonan reman ke atas mereka akan dilakukan esok di Mahkamah Majistret bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi satu minit tiga saat yang memaparkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi ala ‘Superman’ tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warga maya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal



Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel



Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker