Empat hari tak pulang rumah, ditemui mati dalam pejabat

Mangsa ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di pejabatnya di Bandar Laguna Merbok pada malam Ahad. Gambar kecil: Faizuri

SUNGAI PATANI: Kehilangan seorang bekas pengurus sebuah kilang di sini sejak empat hari lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui meninggal dunia di pejabatnya, di Bandar Laguna Merbok, di sini, malam tadi.

Faizuri Md Akhir, 51, ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang pejabat oleh dua anak lelakinya selepas terpaksa memecahkan pintu pejabat itu pada jam 7.22 malam tadi.

Anak keduanya, Abd Afham Asyraf Faizuri, 28, berkata, bapanya dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Desa Aman, Guar Chempedak ke pejabat itu sejak pagi Khamis lalu.

Bagaimanapun, katanya sehingga keesokan hari bapanya tidak pulang ke rumah menyebabkan dia dan ibunya, Ramnah Sabdli, 52, menganggap bapanya pergi menziarahi nenek di Pokok Asam,Taping, Perak.



“Memang kebiasaannya bapa selalu ke rumah nenek setiap hujung minggu menyebabkan kami mulanya menyangka dia pergi ke sana.

“Namun yang peliknya, dia tidak menghantar mesej memaklumkan keberadaannya malah talian telefonnya tidak dapat dihubungi menyebabkan kami sekeluarga mula risau,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.

Menurut Abd Afham, dia mula tergerak hati untuk menghubungi neneknya pagi semalam namun terkejut apabila dimaklumkan bapanya tiada di situ.

Katanya, dia dan ibunya kemudian cuba menghubungi ahli keluarga terdekat termasuk kenalan bapanya tetapi hampa apabila semua mereka tidak mengetahui di mana bapanya berada.



“Namun, petang semalam, saya dan adik, Amirul Solihin, 19, bergegas ke pejabatnya dan mendapati kereta bapa iaitu Hyundai Matrix masih berada di tempat parkir

di bawah pejabatnya.

“Kami kemudian bertindak memecah pintu pejabat yang disewa bapa tetapi terkejut mendapati dan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai sudah meninggal dunia sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak polis.

“Sejak berhenti kerja sebagai pengurus di sebuah kilang kenderaan di Kulim setahun lalu, bapa membuka syarikat sendiri untuk mengajar operator kilang yang terbabit dalam bidang automotif,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata sebaik mendapat maklumat kejadian itu pihaknya bergegas ke lokasi.

“Kita menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dan pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam lalu dan temu bual dengan anaknya mendapati mangsa mempunyai sejarah rawatan sakit jantung,” katanya.

Zaidy berkata, mayat kemudian dihantar untuk bedah siasat di HSAH dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker