Kereta api penumpang langgar lori sawit berdekatan Jerantut

Kereta api penumpang langgar lori sawit berdekatan Jerantut

JERANTUT: Sebuah lori muatan sawit dilanggar kereta api yang membawa 10 penumpang di Kilometer 167.80, Landasan Kereta Api Jerantut-Kuala Krau berdekatan Kampung Pisang, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Azman Khamis berkata, siasatan awal mendapati, kejadian jam 5.30 itu membabitkan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) DMU 04 yang dalam perjalanan dari Jerantut menuju ke Gemas.



“Apabila tiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah lori jenis Toyota melintas landasan keretapi menyebabkan berlaku perlanggaran dua kenderaan ini.

“Akibat kemalangan ini, pemandu dan pembantu pemandu kereta api telah mengalami kecederaan ringan manakala kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Azman berkata, pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak dapat dikesan kerana dipercayai telah melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tren tersebut pecah cermin depan dan calar bahagian tepi kanan, manakala lori tersebut remuk keseluruhan bahagian” katanya. Awani



Kereta api penumpang langgar lori sawit berdekatan Jerantut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker